Isteri Issey Tak Biasa Dengan Dunia Glamor, Panik ‘Follower’ Instagram Bertambah – “Dia Baca Satu-Satu Komen Dan Minta Delete Gambar”

PENYAMPAI radio Suria FM, Issey Fazlisham berkata isterinya iaitu Noor Aimi Jamel mengalami kejutan dunia glamor setelah berkahwin dengan seorang selebriti pada Disember lalu.

Menurut Issey, 32, Aimi terkejut apabila jumlah pengikut di akaun Instagram bertambah dan peminat mula meningg4lkan komen di setiap foto yang dimuat naik.

“Dia masih belum biasa dengan dunia hiburan dan agak terkejut apabila follower di Instagram naik dan ramai tulis komen di setiap gambar.

“Sebolehnya dia akan baca satu-satu komen dan tanya kita… tak apa ke orang komen macam itu dan nak padam gambar sebab ramai komen.

“Dia cepat panik kalau ada yang nak interview, malah kamera pun dia takut! Padahal dia bekerja di bahagian sumber manusia dan selalu jumpa orang, mungkin dunia hiburan ini terlalu baru untuk dia,” katanya,

Issey bersama isteri dan tiga anak tirinya.

Issey ditemui semasa pengumuman pelawak Ajak menyertai Team Pagi Suria yang diadakan Nicsmann 1940s By Lewre The Starling, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, menamatkan zaman duda apabila bergelar suami kepada seorang ibu tunggal anak tiga itu di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember lalu.
Buat masa ini saya tinggal sendirian di Kuala Lumpur… dua minggu sekali isteri akan datang ke sini atas urusan kerja dan dapatlah kami bertemu!

ISSEY FAZLISHAM

PENYAMPAI SURIA FM
Bercerita lanjut mengenai situasi yang dihadapi isterinya, Issey berkata dia berharap pasangan hidupnya itu dapat belajar menyesuaikan diri dan tidak terlalu memikirkan mengenai komen netizen di laman sosial.

“Dia tengah cuba sesuaikan diri, saya harap dia bersabar dan biasakan diri dengan dunia hiburan.

“Saya pun bukanlah nak tunjuk-tunjuk isteri tapi memandangkan kita memang dalam bidang ini jadi sedikit sebanyak tempias itu akan diterima oleh isteri.

Ajak (berdiri, dua dari kiri) sertai Suria FM dan akan mengendalikan segmen Team Pagi Suria.

“Buat masa ini, semuanya okay dan dia perlahan-lahan sedang membiasakan diri dan sesekali saya sengaja muat naik gambar awkward dia di Instagram, saja mengusik,” ujarnya.

Dalam pada itu Issey mengakui bukan mudah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada tiga anak tiri.

Malah, dia juga perlu melalui perhubungan jarak jauh kerana isteri bekerja di Kelantan.

“Alhamdulillah, anak-anak terima baik dan saya akui bukan mudah menjadi ayah baharu, lebih-lebih lagi apabila ayah sebenar mereka sudah meningg4l dunia dan kita yang akan ganti tempatnya. Sekarang ini masih dalam proses untuk lebih rapat lagi.

“Buat masa ini saya tinggal sendirian di Kuala Lumpur… dua minggu sekali isteri akan datang ke sini atas urusan kerja dan dapatlah kami bertemu.

“Saya pula kalau ada masa memang akan pulang ke Kelantan. Kami tak ada masalah tentang isu perhubungan jarak jauh ini dan semuanya okay sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*