Suri Rumah Ini Main Game Je, Tapi Pendapatan Mengejutkan Semua

Siapa kata bermain permainan video tidak boleh menjana pendapatan?

Perkara ini telah pun dibuktikan oleh seorang suri rumah apabila berjaya mendapat pulangan yang tinggi, hasil bermain ‘game’.

Difahamkan, sehingga kini Roslinda Embran yang turut dikenali sebagai Miss Rose telah memperoleh pendapatan mencecah sehingga lima angka.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Menerusi YouTube stesen radio ZAYAN, Roslinda memberitahu dia mula berjinak dengan dunia ‘gaming’ sejak Oktober 2018 dan memberikan fokus kepada permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.

“Mula-mula memang tak pandai, tapi lepas dapat nasihat daripada ‘streamer’ lain, Alhamdulillah saya sampai ke tahap sekarang.

“Di situ jugalah saya mula jana pendapatan,” katanya.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and people standing

Tambah Roslinda, dia pada awalnya hanya menerima 25 tontonan saja, namun selepas dua hingga tiga bulan barulah jumlah berkenaan meningkat.

“Jangan putus asa, jangan mengalah. Teruskan saja strim walaupun tontonan kosong.

“Sebagai isteri jangan harap 100 peratus pada suami. Kena ada simpanan sendiri juga.

“Tapi jangan abaikan anak dengan suami, pastikan semua selesai baru strim. Minimum tiga jam,” katanya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*